Kehidupan peribadi Yusry_bin_Abdul_Halim

Beliau pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 15 Jun 2003.[5] Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.

Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.

Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.[6][7]

Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Lisa Surihani.[8] Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain. Anak sulung beliau bersama Lisa, Yahaira Leanne dilahirkan pada September 2015.[9][10] Pada 23 April 2017, Yusry dan Lisa mendapat cahayamata kedua, iaitu anak lelaki bernama Yusof Leonne.[11][12]

Rujukan

WikiPedia: Yusry_bin_Abdul_Halim http://www.imdb.com/name/nm1126474/ http://www.rotikaya.com/yusry-kru-kongsi-gambar-te... http://www.rotikaya.com/yusry-kru-luah-rasa-bersyu... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.astrogempak.com.my/artikel/1484/yusry-k... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.thestar.com.my/news/nation/2003/02/27/y... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt...